Saturday, 23 March 2013

KULIAH MINGGU 2-3

Takrif kerja kebudayaan
Satu sistem pengoperasian / ilmu pengetahuan manusia yang membolehkan manusia berinteraksi dengan manusia lain, alam sekitar dan kuasa-kuasa ghaib

Konsep-konsep asas Antrapologi Kebudayaan
Relativisme - Nilai-nilai tidak mempunyai ukuran yang mutlak atau tepat, tidak mempunyai nilai-nilai sejagat, dan setiap kebudayaan mempunyai sistem nilai yang tersendiri.

Etnosentrisme - manusia sentiasa bersifat etnosentrik. Kita beranggapan bahawa nilai-nilai dalam kebudayaan kita sesuatu yang baik. Seharusnya kita tidak boleh menggunakan nilai-nilai kebudayaan kita untuk mengukur kebudayaan yang lain.

Kaedah Penyelidikan Antrapologi Kebudayaan

  • Bertujuan untuk memahami sistem ilmu kebudayaan yang berlainan
  • Perlu melihat secara menyeluruh (tidak saintifik, kuantitatif ataupun kualitatif)
  • Penelitian turut-serta
  • Menggunakan sudut padangan etnik
Pemikiran tradisional Barat / Eropah masih mempengaruhi pemikiran kini.
Pemikiran tradisional Orang Arab / Islam - Ibn Khaldun

Ibn Khaldun - Asabiyah 
  • Perkembangan peradaban manusia pada peringkat badawiyah akan mewujudkan semangat dan perasaan kekitaan
  • Perasaan keserumpunan adalah diakibatkan oleh pertalian darah atau yang lain sehubungan dengannya
  • Ketulenan keturunan memeriahkan peranan penting dalam membentuk perasaan kekitaan dan seterusnya mewujudkan pemimpin dalam kumpulan tersebut
  • Kempimpinan terhadap orang orang yang memiliki perasaan kekitaan tertentu tidak dapat diterapkan kepada mereka.
Pemikiran Melayu Tradisional
Pemikiran Tentang Kerajaan

No comments:

Post a Comment